[Video] Keretapun boleh kena sihir?

6166

Sebelum ini, seorang pemilik akaun TikTok berkongsi memandikan kereta baharunya dengan air campuran bunga supaya ia selamat digunakan. Bagaimanapun kejadian itu berlaku di negara seberang. 

Selain itu, jika anda masih ingat sebelum ini ada satu kisah seorang wanita di Brunei menjadi mangsa sihir apabila seseorang menggunakan cara dengan menyapu minyak pada hendal pintu kereta.



Mungkin ada antara kita tidak percaya wujudnya sihir bahkan pada zaman maju masih ada yang mengamalkan perkara khurafat ini. Namun pernahkah anda mendengar atau melihat kereta dibasuh untuk mengubati sihir?. 

SIRAM AIR PADA KERETA

Menerusi perkongsian pengamal perubatan Islam, Ahmad Salihin Zamri di akaun Facebooknya, dia bersiaran langsung menunjukkan proses perubatan dengan menyiram air ke kereta milik pesakit.

Awal video menunjukkan seorang lelaki berbaju ungu menyiram bahagian depan, sisi, belakang dan tayar MPV Kia berkenaan. Turut terdengar alunan rukyah dan suara pesakit mengerang kesakitan serta memuntahkan sesuatu. 

Pada video itu turut terdengar pengamal perubatan tersebut bertanyakan lokasi sihir tersebut diletakkan dan pesakit menjawab di bahagian depan kenderaan. 

Setelah proses rukyah selesai, pengamal perubatan berkenaan membuat bancuhan air ruqyah, safron, air mawar dan serbuk bidara di dalam baldi kecil untuk di sapu pada beberapa bahagian luaran MPV putih tersebut. 

“Rasa macam mana tengok kereta dibasuh, rasa nak muntah dan panas satu badan peluh?,” soal pengamal perubatan itu.

“Rasa bahagian depan kereta cermin,” jawab pesakit.

Dalam nada bergurau pengamal perubatan berkenaan berkata,” dah boleh buka carwash gangguan jin.”

Selepas selesai membancuh air berkenaan, lelaki berbaju ungu mengelap bahagian bonet depan terutamanya pada lencana Kia dan menyental beberapa bahagian kenderaan dengan bancuhan air rukyah dan bidara.  

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dengan segelintir berkongsi pengalaman terkena sihir. 

“Assalamulaikum ustaz macam mana nak tahu barang sihir kat kete, selalunya barang sihir nih letak kat mana.”

“Boleh campur shampoo kereta sikit ustaz, alang-alang nak hapuskan sihir pada kenderaan.”

“Mana yang tak percaya, telanje lah ubat hospital, tak yah iktiar cara lain, jangan komen yang negatif, covid biar negatif komen jangan negatif.”

“Sapa tak pernah kena sihir, jangan komen serupa suci, once dah kena baru tau apa itu sihir, akhir zaman lagi moden lagi melampau sihir santau wujud, makin moden manusia makin bodoh dengan amalan syaitan kerana hasad dengki, so bagi tak pernah kena sihir, jangan komen melampau.”

Sehingga kini perkongsian tersebut mendapat 1 juta tontonan dan lebih daripada 6000 likes.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here