SUV hibrid Geely Xingyue L Thor Hi·F rasmi perkenal di China

387

Geely Xingyue L Thor Hi.F HEV (2024) rasmi diperkenalkan di China. Model facelift itu menerima rekaan semula pada bahagian fascia depan.

Gril depan menggunakan reka bentuk gaya ‘air terjun’ berwarna krom yang kemudian dipadankan dengan logo Geely baharu di tengah.



Bentuk lampu depan kekal tidak berubah manakala garisan lekukan pada hud depan menyerlahkan penggayaan maskulin. 

Bahagian belakang masih mengekalkan rekaan sedia ada menerusi spoiler bumbung, lampu brek pada posisi lebih tinggi dan ekzos tersembunyi. 

Dalaman Xingyue kekal sama menerusi tawaran tiga skrin bersaiz 12.3-inci merangkumi panel instrumen LCD, skrin kawalan tengah dengan binaan dalam cip Qualcomm Snapdragon 8155 dan skrin hiburan penumpang depan.

Selain itu, sistem pengendalian kereta itu menggunakan OS Galaxy Geely. Konfigurasi lain termasuk sistem bantuan pemanduan termaju tahap 2, pengecasan tanpa wayar, paparan ‘head up’, sistem audio Bose dan lampu ambien 72 warna.

Selain itu, kokpit lima tempat duduk itu didatangkan dengan kemasan kulit dan pelarasan elektrik dengan fungsi pemanas dan ventilasi pada kerusi depan.

Diposisikan sebagai SUV kompak, Xingyue memiliki panjang 4,795mm, lebar (1,895mm) dan tinggi (1,689mm) dengan jarak roda 2,845mm iaitu lebih panjang 25mm berbanding model sedia ada.

Trenkuasa pula menggunakan enjin 1.5T bersama transmisi kotak gear DHT Pro 3-kelajuan. Bagaimanapun, Geely tidak mendedahkan output Geely Xingyue L Hi·F.

Sebagai rujukan, Xingyue L Thor Hi·F dikuasakan sistem hibrid merangkumi enjin 1.5T berkuasa 150hp dan tork 225Nm bersama kotak gear DHT Pro 3-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 7.9 saat.

Harga Geely Xingyue L Hi·F di China adalah sekitar CNY171,700-CNY183,700 (RM112,923- RM120,815).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here