Geely dedah imej pertama Xingrui L versi HEV

466

Geely mendedahkan imej model sedan Xingrui L di China. Sedan hibrid pintar itu menggabungkan kemewahan, kecekapan bahan api dan teknologi moden.

Turut dikenali dengan nama Preface, perkataan L pada model itu membawa maskud Luxury, Liberate, Liquid dan Less



Ketika ini, Geely Xingrui tersedia menerusi pilihan enjin 1.5TD dan 2.0TD pada julat harga CYN 108,700 – 145,700 (RM70,075 – RM93,927). Dijangkakan apabila rasmi diperkenalkan, versi Xingrui L berharga sekitar CNY 120,000 (RM77, 359).

Sedan saiz pertengahan itu dibangunkan oleh Geely bagi pasaran China sejak tahun 2020 yang menggunakan seni bina CMA.

Berbanding model sedia ada, panjang Xingrui L ditingkatkan manakala jarak rodanya kekal tidak berubah iaitu 2,800mm.

Model itu memiliki panjang 4,825mm, lebar (1,880mm) dan tinggi (1,469mm). Sementara itu, penampilan luaran tidak begitu banyak berubah. 

Fascia depan Xing Rui L masih lagi mengetengahkan reka bentuk gril depan tiga dimensi yang minimalis. Cuma, bilangan jalur gril dikurangkan. Logo Geely dinaiktaraf menggunakan latar putih. 

Masuk ke kabin, Geely memilih kemasan dua rona warna iaitu putih dan ungu. Ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah panel instrumen LCD penuh 10.25-inci, stereng 4-jejari, outlet pendingin hawa tersembunyi dan skrin kawalan menegak acah Volvo.

Model HEV itu dijangkakan menggabungkan janakuasa motor elektrik dan enjin BHE15-BFZ 1.5T 4-silinder seperti mana SUV Geely Galaxy L7. Ia menghasilkan kuasa 120kW dan tork 255Nm.

Selain itu, maklumat yang dikongsi menyatakan sedan tersebut tidak menyokong pengecasan, jadi kebarangkalian ia tidak menggunakan sistem plug-in hibrid. Pada masa ini, spesifikasi trenkuasa dan output belum didedahkan. 

Dari Januari hingga Ogos tahun ini, 69,451 unit Geely Xingrui telah dijual yang mana 10,345 unit dijual pada bulan Ogos. Sekaligus menduduki tempat ke-11 bagi jualan sedan bulanan dan ke-15 jualan terkumpul.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here