Geely Galaxy L7 Phantom Edition rasmi lancar, harga RM119k

612

Geely Galaxy L7 Phantom Edition rasmi lancar pada harga CNY 185,700 (RM119,246) di China. Perubahan terbesar Edisi Phantom ialah tambahan bantuan pemanduan termaju NOA Geely.

Pemilik Galaxy L7 yang menerima kereta sebelum 16 September boleh menaiktaraf pada model Edisi Phantom pada harga asal L7 sedia ada bermula 1 hingga 31 Oktober. Pemilik boleh menikmati dua tahun sistem bantuan pemandu NOA secara percuma.



Trenkuasa merangkumi generasi terbaharu Geely iaitu sistem NordThor Hibrid 8848 yang dipadankan dengan enjin 1.5T 4-silinder hibrid dan motor elektrik bersama DHT 3-kelajuan.

Gabungan janakuasa itu menghasilkan output 287kW dan tork 535Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 6.9 saat. 

Phantom Edition menawarkan dua julat pelayaran elektrik penuh sejauh 55km dan 115km (CLTC)  dengan perbatuan 1,310km dan 1,370km. Manakala penggunaan bahan api komprehensif masing-masing 2.35L/100km dan 1.3L/100km.

BAHASA REKAAN GALAXY LIGHT

SUV kompak Galaxy L7 memiliki panjang 4,700mm, lebar (1,905mm) dan tinggi (1,685mm) bersama jarak roda 2,785mm.

Penampilan SUV itu berdasarkan bahasa rekaan Galaxy Light dan tidak jauh berbeza dengan model sedia ada. 

Fascia depan diserlahkan dengan gril tertutup yang dipadankan dengan lampu utama nipis   manakala bahagian belakang pula mempunyai spoiler bumbung dan lampu belakang jenis ‘tembus’.

Manakala bahagian kabin didatangkan dengan panel instrumen bersaiz 10.25-inci, skrin kawalan tengah 13.2-inci dan skrin co-pilot 16.2-inci dan stereng empat jejari multi-fungsi.

SISTEM GALAXY N OS

Galaxy L7 juga dilengkapi sistem operasi binaan dalam Galaxy N OS dengan sokongan cip Qualcomm Snapdragon 8155. Pada masa yang sama, paparan head up dinaiktaraf kepada 25.6-inci AR.

Kemudian, model itu didatangkan dengan Navigasi On Highway Assist yang berfungsi mengawal pertukaran lorong autonomi dan memotong di bawah mod kelajuan tinggi serta navigasi tanjakan autonomi.

Lebih khusus lagi, sistem bantuan pemanduan termaju disokong oleh radar gelombang milimeter jarak jauh ultra, empat radar gelombang milimeter jarak jauh, 12 radar ultrasonik, satu kamera pandangan depan 8 megapiksel dan satu 2.5 megapiksel kamera pandang depan. 

Tempat duduk didatangkan standard dengan ciri pelarasan elektrik, pemanasan dan pengudaraan. Tempat duduk penumpang depan dilengkapi dengan perehat kaki yang boleh dilaraskan secara elektronik.

Paling ketara, bahagian dalaman mempunyai mod teater apabila dihidupkan dan tempat duduk akan dilipat secara automatik ke sudut 125 darjah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here