Ibu pejabat Tesla Malaysia dibuka hari ini, tawar pusat jualan dan servis

404

Ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya rasmi dibuka hari ini. Bangunan dua tingkat itu akan menjadi pusat sehenti bagi pengalaman pemilikan pelanggan yang turut menawarkan perkhidmatan pusat jualan dan servis Tesla. 

Ibu pejabat kenderaan elektrik (EV) itu merangkumi dua fasa yang akan menjadi hab operasi korporat, pemasaran, latihan dan aktiviti sokongan pelanggan.



Bahagian servis dilengkapi dengan alat diagnostik termaju dan dikendalikan oleh juruteknik terlatih serta sokongan gudang alat ganti khusus.

Pada fasa pertama, ruangan jualan akan mempamerkan model Tesla terkini manakala fasa kedua akan memperkenalkan kemudahan untuk perkhidmatan, penghantaran dan sokongan selepas jualan.

Fasiliti berkenaan turut didatangkan dengan lapan stesen supercharger dan 12 unit pengecas wallbox. 

Buat masa ini, Tesla Malaysia menawarkan Model 3 dan Model Y yang mana penghantaran pertama bermula hujung tahun ini.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here