Pelanggan Tesla Model 3 dakwa perlu buat pembayaran awal RM15k

1712

Pelanggan Tesla Malaysia berkongsi perlu membuat pembayaran awal sebanyak RM15,000 bagi tempahan Tesla Model 3.

Segelintir pelanggan berkongsi di grup Facebook Tesla Owner Malaysia bahawa mereka dihubungi ibu pejabat Tesla Malaysia menerusi telefon atau e-mel bagi membuat pembayaran.



Pembayaran itu boleh dilakukan secara e-banking, ATM, deposit tunai atau cek kepada Citibank Berhad atas nama Tesla Sdn Bhd. 

Bahkan, pada maklumat tersebut dinyatakan deposit RM15,000 tersebut tidak akan dikembalikan. E-mel itu juga mengatakan pelanggan perlu membuat pembayaran dan menyerahkan resit kepada penasihat Tesla Malaysia pada 20 September.

Informasi tersebut agak meragukan kerana UOB mengambilalih perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Malaysia suku keempat tahun lalu. 

E-mail yang diterima pelanggan

Perniagaan pengguna terdiri daripada portfolio pinjaman tidak bercagar dan bercagar, pengurusan kekayaan dan perniagaan deposit runcit Citigroup.

Walaupun begitu, segelintir pelanggan di bahagian komen berkongsi turut mendapat panggilan atau e-mail yang sama lalu mengesahkannya dengan pihak Tesla Malaysia.

“Saya sudah hubungi Tesla. Bayaran RM15k adalah sah. Tetapi mereka perlu mengemukakan pertanyaan saya tentang pembayaran kepada Citibank Berhad kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi,” komen Mahyuddin Khalid.

Manakala, seorang pelanggan Tesla yang menggunakan akaun Facebook Ong Jason menyatakan bayaran awal berkenaan akan dikembalikan semula sekiranya pinjaman sewa beli ditolak.

“Pelanggan perlu mengemukakan surat penolakan pinjaman daripada bank kepada Tesla bagi membolehkan mereka memproses bayaran balik,” tulisnya.

Sementara itu, bayaran awal RM15,000 yang dinyatakan adalah lebih rendah daripada 10 peratus deposit yang perlu dibayar.

Misalnya, pembayaran bagi pinjaman sewa beli Tesla Model 3 Highland sebanyak RM18,900 iaitu 10 peratus daripada harga kereta RM189,000.

Perkongsian itu menjadi petanda Tesla Malaysia sedia membuat penghantaran kereta elektrik (EV) mereka kepada kumpulan pertama pada suku keempat tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here