Buat kali pertama, BYD ATTO 3 model EV terlaris di Sweden

343

BYD merekodkan pencapaian penting dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) pasaran Eropah pada bulan Julai.

Menurut laporan EU-EV, sebanyak 721 unit  BYD ATTO 3 terjual di Sweden bulan lalu sekaligus menjadikannya model terlaris untuk bulan tersebut.



Pada bulan lalu, pasaran EV Sweden merekodkan pendaftaran 6,785 unit kenderaan yang menandakan mobiliti elektrik semakin meningkat di rantau tersebut.

Dalam tempoh itu, lima jenama EV terlaris di Sweden adalah Volkswagen di tangga pertama dengan jualan 1,133 unit diikuti BYD (843), Kia (633), BMW (522) dan Tesla (477).

Volkswagen dan BYD menguasai lebih 10 peratus bahagian pasaran untuk bulan Julai. Pencapaian itu merupakan jualan bulan tertinggi BYD sejak menjual kereta penumpang di Sweden pada 2022.

Sementara jualan mengikut model, BYD ATTO 3 menduduki tangga pertama diikuti Volkswagen ID.4, BMW i4 dan Skoda Enyaq serta Tesla Model Y.

Sebanyak 86 peratus jualan Julai BYD di Sweden disumbangkan oleh ATTO 3, yang berfungsi sebagai model eksport utama syarikat itu di seluruh dunia. BYD juga merekodkan jualan 64 unit bagi model Han, 54 unit (Tang) dan 8 unit (e3) di Sweden.

Di sebalik kejayaan pasaran Sweden, usaha eksport global BYD menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa.

Pada bulan Julai, syarikat itu mengeksport 18,169 kenderaan dari China, menandakan bulan terbesar BYD bagi jualan antarabangsa.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here