3 lelaki ditahan curi motor, hasil jualan beli dadah

216

Lelaki Myanmar bersama dua lelaki ditahan polis kelmarin selepas disyaki mencuri motosikal di Ampang Jaya dan Kuala Lumpur sejak awal tahun ini.

Motosikal yang dipercayai dicuri mereka itu dikatakan dijual semula yang mana hasil wang itu akan digunakan untuk membeli dadah.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata polis menerima laporan penghantar makanan berusia 23 tahun pada 25 Jun lalu berkaitan Yamaha 125Z berwarna biru putih di parkir kaki lima rumah pangsa di Pandan Indah didapati hilang.

“Motosikalnya dalam keadaan baik dikunci dan pada jam 5 pagi ayah pengadu memaklumkan motosikalnya tiada dan pengadu mengesyaki dicuri orang,” katanya. 

Susulan itu, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang menangkap seorang lelaki Myanmar dan dua lelaki Melayu berumur 35, 26 dan 27 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut sekitar Seremban, Rawang dan Cheras.

“Suspek pertama dan kedua tiada sebarang rekod jenayah manakala suspek ketiga memiliki enam rekod jenayah, lima narkotik dan satu dikehendaki polis.

“Siasatan mendapati suspek aktif melakukan pecah rumah dan curi motosikal sekitar daerah Ampang dan Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas tiga buah motosikal yang dilaporkan hilang dalam daerah Ampang dan Kuala Lumpur, komponen motosikal, lima utas jam tangan pelbagai jenis, coverset motor dan tiga telefon bimbit serta satu bekas mengandungi alat perhiasan,” katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan melakukan kesalahan mencuri kenderaan yang mana boleh dipenjara minimum setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here