Import 125ZR ke Amerika, bunyi ekzos bikin syahdu mat rempit Malaysia

3762

Yamaha 125ZR 2-lejang tidak lagi dijual di pasaran tempatan dan pengeluaran model berkenaan dihentikan pada 2017. 

Sebutan ‘one-two-pai’ begitu popular dalam kalangan pengguna lokal dan kapcai tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan anak muda era penghujung 90-an dan awal milenia.



Pengaruh 125ZR menular sehingga ke Amerika Syarikat apabila seorang pemuda berkongsi video pendek menunggang Yamaha 125ZR berwarna kuning sekitar kawasan perumahan. 

Bahkan bunyi ekzos yang syahdu mengingatkan kembali nostalgia mat rempit  sehinggakan ruangan komen Isntagram La Tran Quan dipenuhi dengan netizen Malaysia.

Malah, tidak hairanlah apabila dia berkongsi kapcai tersebut digelar ‘tupai’ (one-two-pai) di Malaysia. 

La Tran Quan yang tinggal di Georgia merupakan peminat kereta dan motor serta mengimport kapcai tersebut dari Kemboja. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lã Trần Quân (@ltq.1989)

“Ia bergantung sama ada import penuh (sebuah motor) untuk mendaftar atau hanya leraian komponen kemudian dipasang semula di Amerika,” jawabnya ketika disoal tentang kos import di ruangan komen.

Bahkan, La Tran Quan juga tidak merancang untuk melakukan modifikasi pada kapcai tersebut.

“Motor ini hanya untuk seronok, aku akan kekalkan yang asli,” tulisnya. 

Bahkan dia juga tidak akan menunggang motor tersebut untuk jarak jauh kerana merbahaya selain daripada motosikal kecil tidak dibenarkan memasuki lebuhraya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lã Trần Quân (@ltq.1989)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here