Bumbung runtuh, kedai kereta terpakai rugi RM2 juta

1102

Lebih 20 buah kenderaan rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.



“Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh dan saya lihat angin berpusing serta hujan lebat.

“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya. 

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Katanya, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here