Tak puas hati dihon, suspek tumbuk muka pengguna jalan raya

772
Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas menumbuk seorang pengguna jalan raya gara-gara tidak berpuas hati dihon.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew AK Umpit, siasatan awal mendapati suspek mengekori mangsa hingga ke sebuah kafeteria di kawasan Batu 5, Bintulu.
“Suspek mengekori kereta pengadu kerana tidak berpuas hati atas tindakan dia membunyikan hon kemudian menumbuk muka mangsa.
 
“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, khianat ke atas kenderaan dan menghalang penjawat awam melakukan tugas,” katanya.
 
Suspek ditahan semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
 
Pihak berkuasa memberi peringatan tegas terhadap sebarang aktiviti seperti samseng jalanan yang boleh mengugat keselamatan orang awam di jalan raya.
 
 
 
 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here