Anak calar kereta jiran, apa yang dilakukan bapa ini dapat pujian netizen

767

Seorang bapa Ouyang dari Guangdong, China mendapat pujian netizen apabila mengajar anaknya menjadi lebih bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan. 

Kanak-kanak berusia 3 tahun itu menggores kenderaan mewah jiran yang diparkir di bahu jalan menggunakan pistol mainan plastik.



Susulan kejadian itu jiran memaklumkan insiden berkenaan kepada Ouyang. Walaupun anaknya masih kecil dia mengambil serius isu berkenaan dan memutuskan memberi pengajaran. 

Dia berunding dengan jiran untuk membayar pampasan CNY2,000 (RM1,247) terlebih dahulu dan akan membayar lebih bergantung kepada kos pembaikan.

Ouyang meminta anaknya menyerahkan wang ganti rugi tersebut kepada pemilik kereta dan meminta maaf.

 

Cara didikan bapa berkenaan menerima pujian netizen China yang mana memberi kesedaran dengan cara yang lebih berkesan berbanding memarahi dan memukul anak kecil berkenaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here