Utama Berita Automotif Yamaha 135LC Edisi Ulang Tahun Ke-20: Hanya 5,000 unit di Malaysia

Yamaha 135LC Edisi Ulang Tahun Ke-20: Hanya 5,000 unit di Malaysia

24

Sempena ulang tahun ke-20 Yamaha 135LC di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan empat warna baharu Matador Red, Tank White, Samba Green dan ‘Celeste 20th Anniversary, Limited Edition’. 

Menurut HLYM, Yamaha 135LC ‘Celeste 20th Anniversary, Limited Edition’  berkenaan hadir dengan Bakul Ulang Tahun Ke-20 eksklusif bersama ombor siri khas.

Dikeluarkan terhad 5,000 unit seluruh negara, edisi ulang tahun ke-20 itu dihasilkan khas bagi meraikan legasi sebuah ikon yang terus menjadi kebanggaan di Malaysia. 

Empat warna baharu Yamaha 135LC tersebut sudahpun berada di pusat jualan pada harga RM8,298 seunit manakala warna Celeste 20th Anniversary, Limited Edition dijual pada harga cadangan RM8,798 seunit (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

Di samping itu, setiap pembelian turut didatangkan dengan kunci cakera Yamaha percuma bernilai RM100.

Diperkenalkan pada 2006, Yamaha 135LC telah mentakrifkan semula segmen kapcai di Malaysia sebagai model pertama dalam kelasnya yang dilengkapi enjin penyejukan cecair yang turut menjadi inspirasi kepada nama LC.

Dilengkapi enjin 135cc suntikan bahan api yang patuh piawaian EU4, ia menghasilkan kuasa maksimum 9.3kW @ 8,000 rpm dan tork 12.2Nm @ 6,000 rpm bersama transmisi klac automatik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here