
Unit Penguat Kuasa Bermotosikal (Falcon) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita dua buah motosikal yang ditunggang warga asing selepas didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah.
Dalam Operasi Pemandu Warganegara Asing (Ops PEWA) yang dijalankan di sekitar Alor Setar pada Ahad lalu itu, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua penunggang itu menggunakan kenderaan dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak memiliki perlindungan insurans.
“Susulan itu, dua buah kenderaan telah disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Kedah bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.
“JPJ Kedah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya serta menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan trafik boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my,” menurut kenyataan.































