Utama Berita Automotif Yamaha Tenere 700 rasmi lancar, harga RM58,998

Yamaha Tenere 700 rasmi lancar, harga RM58,998

11

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi melancarkan Tenere 700 ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM58,998 seunit.

Didatangkan dengan pilihan warna badan Adventure Blue, Yamaha Tenere 700 dijana oleh enjin 689cc yang menghasilkan kuasa 54kW @ 9,000rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm bersama kotak gear constant mesh 6-kelajuan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik terbalik di depan dan swing arm di belakang. Ia kemudian dipadankan dengan dua brek cakera hidraulik bersaiz 282mm (depan) dan brek cakera hidraulik tunggal bersaiz 245mm di belakang.

Didatangkan dengan saiz tangki minyak 16 liter, berikut ciri utama yang ditawarkan oleh Yamaha Tenere 700 :

1. Skrin TFT 6.3-inci dengan ketersambungan dan navigasi 

  • Tawar dua tema paparan yang boleh dipilih.
  • Sambungan telefon pintar melalui aplikasi MyRide membolehkan paparan panggilan, muzik, dan navigasi turn-by-turn.
  • Dilengkapi dengan soket pengecas USB-C sebagai standard.

2. ABS and TCS boleh on/off dengan hanya guna punat

  • Untuk kawalan off-road yang lebih baik, sistem ABS dan kawalan cengkaman (TCS) boleh dimatikan dengan menekan butang.
  • Sistem ABS menawarkan tiga mod: Fully on, fully off atau  front wheel only (membolehkan penunggang menggelongsor tayar belakang sambil mengekalkan ABS di depan). 

3. Casis double dradle tubular steel 

  • Diinspirasikan daripada program rali Yamaha, kerangka keluli tiub berkembar ini menggabungkan kekuatan dengan berat yang ringan.
  • Jarak roda yang pendek memberikan pengendalian yang lincah dengan jarak kelegaan tanah 240mm untuk meredah bentuk muka bumi yang mencabar.

4. Punat kawalan intuitif

  • Suis pada hendal direka secara ergonomik untuk memudahkan penunggang mengawal ciri-ciri motosikal semasa bergerak.
  • Joy stick 5-arah baharu membolehkan navigasi melalui menu TFT dan fungsi tunggangan, manakala suis signal kini mempunyai fungsi batal automatik. 

5. DNA lampu depan rali baharu dan reka bentuk badan 

  • Reka bentuk baharu ini mengekalkan DNA ikonik rali dengan profil yang ramping dan agresif.
  • Lampu hadapan LED ikonik telah direka semula untuk penampilan yang lebih moden sambil memberikan penglihatan yang lebih baik untuk tunggangan malam.

6. Badan lebih slim dan kompak, pelana rata dan rekaan semula tangki minyak 

  • Tangki bahan api yang direka semula diletakkan lebih rendah dan ke hadapan untuk imbangan berat lebih baik.
  • Bentuk tangki yang lebih ramping di bahagian lutut memberikan keselesaan dan memudahkan pergerakan penunggang semasa berdiri atau duduk.

7. Patuh Euro 5 terkini + enjin 690cc empat injap CP2 

  • Dikuasakan oleh enjin CP2 Yamaha yang terkenal, kini dikemas kini dengan YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) untuk maklum balas pendikit  lebih lancar dan penghantaran tork yang dipertingkatkan.
  • Ciri baharu termasuk saluran intake lebih pendek, geometri ekzos baharu, dan penutup klac yang direka semula untuk lebih ruang kaki.

8. Terotel elektronik dan mod tunggangan

  • Pendikit elektronik memperkenalkan dua mod tunggangan iaitu Sport yang menawarkan maklum balas pendikit yang tajam untuk tunggangan agresif serta Explorer yang memberikan penghantaran kuasa lancar untuk perjalanan jauh dan permukaan bumi yang pelbagai.

9. Suspensi boleh laras penuh 

  • Suspensi long-travel memberikan kedudukan tunggangan yang dominan.
  • Fork hadapan 43mm kini boleh dilaras sepenuhnya dengan pelaras prabeban baharu.
  • Suspensi belakang turut boleh dilaras sepenuhnya dengan tabung piggyback untuk prestasi yang konsisten dalam keadaan tunggangan yang sukar.
GALERI

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here