China rekod jualan 9.5 juta kereta separuh pertama 2023, BYD kekal jenama terlaris

213

Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA) melaporkan pasaran negara tersebut merekodkan jualan sebanyak 9.533 juta bermula Januari hingga Jun tahun ini iaitu peningkatan 2.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Kenderaan elektrik (EV) penyumbang terbesar jualan sebanyak 2,093,000 diikuti segmen kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) iaitu 996,000 unit kenderaan. 



Berdasarkan perkongsian pasaran, BYD muncul sebagai jenama kereta paling laris di China, dengan jualan 1,098,409 kenderaan dan menguasai 11.52 peratus perkongsian pasaran.

Berikut carta jualan mengikut jenama: 

Jualan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti Volkswagen, Toyota, Honda, dan Nissan menunjukkan penurunan walaupun keseluruhan pasaran meningkat sedikit. Perkongsian pasaran jenama berkenaan di China dibenamkan oleh jenama EV.

BYD, khususnya, menyaksikan pengagihan jualan yang hampir sama rata antara EV dan PHEV. Walaupun begitu, BYD kekal sebagai pengeluar terbesar EV di pasaran China.

Kekal sebagai pendahulu, BYD menjual 524,184 EV iaitu perkongsian pasaran 25.04 peratus. Tesla berada di tangga kedua dengan jualan 294,105 (14.05 peratus perkongsian pasaran).

Beralih kepada model paling popular di China, tiga kenderaan teratas ialah Tesla Model Y dengan jualan 203,932 unit diikuti BYD Qin Plus (200,274) dan BYD Song Plus, (176,526).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here