Kalahkan Jepun, China kini pengeksport kereta terbesar dunia

502

Jepun bukan lagi pengeksport kenderaan terbesar dunia selepas dipintas China bagi suku pertama 2023 (Januari hingga Mac).

Menurut Persatuan Pengilang Automobil China, eksport kenderaan bermotor dari China meningkat 58 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 1.07 juta kereta dihantar ke pasaran luar.



Persatuan Pengilang Automobil Jepun melaporkan kenaikan 6 peratus, dengan 950,000 kenderaan dieksport.

Belgium, Australia dan Thailand merupakan negara terbesar mengimport kenderaan elektrik (EV) buatan China yang mana tiga teratas adalah Tesla, SAIC (MG dan LDV) dan BYD.

Kilang Tesla di Shanghai meningkatkan pengeluarannya sebanyak 20 peratus pada suku pertama, berbanding tempoh sama pada 2022 iaitu 90,000 kenderaan untuk eksport. 

Rusia kini merupakan pelanggan terbaik China, selepas kebanyakan pengeluar kereta utama menghentikan pengeluaran di negara tersebut susulan pencerobohan ke atas Ukraine.

Eksport China ke Rusia meningkat tiga kali ganda dalam setahun iaitu 140,000 kenderaan yang mana jenama Chery dan GWM penerima manfaat terbesar.

China mengatasi Amerika Syarikat sebagai pengeluar kereta baharu terbesar pada tahun 2009, dan mengambil masa 14 tahun untuk menjatuhkan Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here