Nissan GT-R Nismo Edisi Istimewa tiba di Vietnam, harga RM1.9 juta

441

Nissan GT-R Nismo tiba di pasaran Vietnam dengan ciri warna kelabu dan pakej peralatan gentian karbon.

Digelar sebagai ‘kereta super murah’ di Vietnam, Nissan GT-R tidak popular dalam kalangan pemain kereta di Vietnam seperti Ferrari, Lamborghini atau McLaren.



Kerana itulah bilangan GT-R di Vietnam boleh dikira dengan jari, walaupun dilancarkan pada 2008. Kini GT-R di Vietnam menerima ahli baharu iaitu GT-R Nismo yang didatangkan dalam kuantiti terhad. 

Nissan GT-R Nismo dilancarkan pada pertengahan 2021 dan merupakan model 2022. Pengeluar kereta Jepun itu hanya mengeluarkan 300 unit GT-R Nismo dan kesemuanya habis diijual dalam tempoh tiga bulan. 

EDISI ISTIMEWA DENGAN CIRI PERALATAN MAHAL

GT-R Nismo di Vietnam tergolong dalam versi Edisi Istimewa tertinggi dengan banyak ciri peralatan mahal. GT-R Nismo Edisi Istimewa didatangkan dengan warna badan Stealth Grey.

Menurut Nissan, GT-R Nismo mewarisi banyak teknologi daripada kereta lumba GT-R GT3. Bahagian depan didatangkan dengan perincian gentian karbon seperti bonet, bampar, splitter dan soket lampu kabus.

Nissan menambah lubang udara di atas gerbang roda dengan kemasan gentian karbon untuk proses penyejukkan dan aliran udara lebih lancar. 

Ia dilengkapi dengan rim aloi 20-inci daripada jenama RAYS yang kemudian dipadankan dengan brek cakera seramik karbon berwarna kuning. 

Tidak ketinggalan, bahagian belakang turut dipadankan dengan kemasan gentian karbon misalnya pada bampar, lubang udara dan splitter. Paling menyerlah adalah rekaan spoiler karbon yang biasanya boleh dilihat pada kereta lumba GT.

Sistem ekzos Nissan GT-R Nismo diperbuat daripada titanium jenama Fujitsubo. Kereta sukan itu dilengkapi dengan pakej hiasan Nismo Appearance dengan tambahan kemasan merah pada badan. 

KEMASAN MERAH

Bahagian dalam Nissan GT-R Nismo Edisi Istimewa itu didatangkan dengan kemasan gentian karbon dan kulit Alcantara. Butiran merah boleh dilihat pada tempat duduk, meter, dan tuil gear memberikan aura sporty.

Versi ini menampilkan tempat duduk perlumbaan Recaro, upholsteri suede merah dan jahitan benang merah. Logo Nismo diletakkan pada perehat kepala.

Nissan GT-R Nismo masih menggunakan enjin 3.8 liter twin-turbo V6 menghasilkan kuasa 600hp @ 6,800rpm dan tork 652Nm @ 3,300-5,800rpm. Sama seperti program ‘One man, one engine’ AMG, enjin setiap GT-R Nismo disiapkan menerusi tangan oleh jurutera Nissan “Takumi”.

Di Amerika, Nissan GT-R Nismo bermula pada USD220,000 (RM1,004,630), di Vietnam kereta skan itu dijual pada harga VND 10 bilion (RM1.9 juta) bersaing dengan Porsche 911 Carrera atau Mercedes-AMG GT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here