Sempena ulang tahun ke-10, kanak-kanak lelaki ini dapat Nissan GT-R R35

562

Pada usia 10 tahun ada antara kita hanya tahu bermain baling tin mahupun menangkap berudu di kolam. Bahkan tidak pernah memasang impian memiliki sebuah kenderaan berprestasi. Jika dapat versi miniaturpun sudah bersyukur!.

Hadiah yang diterima kanak-kanak lelaki ini menjadi impian lelaki dewasa. Akaun TikTok @triple9one berkongsi video pendek penghantaran hadiah ulang tahun ke-10 kanak-kanak berkenaan.

@9tripleone

Hadiah R35 kepada anak nya terbaik bos 🥳🥳🥳🥳 #suprisebox #suprisedelivery #doublelautoassist #9tripleone #viral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #petalingjaya #r35gtr #skyline

♬ original sound – jai – jai



Video itu menunjukkan konvoi beberapa unit Nissan GT-R mengiringi sebuah lori yang membawa hadiah ulang tahun dengan muzik latar Tokyo Drift.

Pada video kedua boleh dilihat Optimus Prime memberikan kotak yang berisi kunci kereta Nissan GT-R R35 kepada kanak-kanak berkenaan. Sebaik dinding kargo dibuka boleh dilihat sebuah GT-R35 berwarna putih dengan nombor plat ‘AMARAN’. 

Masa kini, harganya Nissan GT-R adalah sekitar RM248,000 sehingga RM400,000 mengikut kondisi. Model Nissan GT-R R35 T-Spec yang dikeluarkan untuk keluaran tahun 2022 dikatakan merupakan model terakhir bagi model R35.

@9tripleone

R35 tu hadiah hari jadi untuk anak nya umur 10 tahun 🥳🥳🥳 #suprisebox #suprisedelivery #doublelautoassist #9tripleone #viral#fypシ゚viral #petalingjaya #r35 #skyline

♬ original sound – jai – jai

Ia dikukuhkan lagi apabila Nissan mengeluarkan dua pilihan warna ikonik GT-R iaitu Midnight Purple dan Millenium Jade. Nissan GT-R R35 pula dikuasakan oleh enjin V8 3.8-liter twin turbo yang mampu menghasilkan 565hp dan 633Nm tork.

Di Malaysia, model sport itu dibawa masuk oleh pengedar kenderaan import terpakai (AP) dan usian jentera ini antara 12 hingga 14 tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here