Kes video tular langgar lampu isyarat, polis siasat individu terlibat…

505

Pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung membuka siasatan berkaitan sebuah video yang tular di media sosial dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook Chi Chot.

Video yang memaparkan empat buah motosikal melanggar lampu isyarat merah itu dikesan berlaku di Kampung Acheh berhampiran kilang YTY Kampung Acheh, Seri Manjung, Perak.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku pada 3 Januari lalu pada jam 4.50 petang melibatkan seorang pemandu lori dan tiga penunggang motosikal berumur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun.



“Mereka telah dipanggil ke IPD Manjung untuk membantu siasatan kes di bawah Rule 17 LN 167/59 bagi kesalahan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhamad Asyraf Henry Philip di 016-5572540,” jelasnya.

Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here