Tesla Malaysia rasmi lancar Model Y (RM199k), penghantaran pertama bermula awal 2024

418

Tesla Malaysia rasmi melancarkan Model Y di pusat membeli belah Pavilion, hari ini. Kenderaan elektrik (EV) berkenaan turut dipamerkan di ruangan Centre Court, Pavilion, bermula hari ini hingga 31 Oktober.

Tesla Model Y tersedia menerusi tiga varian iaitu: 

Honda
  • Tesla Model Y RWD : RM199,000
  • Tesla Model Y Long Range AWD : RM246,000
  • Tesla Model Y Performance AWD : RM288,000

Spesifikasi tambahan yang boleh dinaiktaraf dan harga:

  • Warna hitam, perak dan biru : RM5,000
  • Cat badan merah : RM10,000
  • Kabin hitam/putih : RM5,000
  • Rim Induction 20-inci : RM10,000
  • Autopilot : RM16,000
  • Full Self Driving : RM32,000

SPESIFIKASI MENGIKUT MODEL

Bagi pelanggan yang menempah Model Y, penghantaran pertama akan bermula awal 2024. EV 5-penumpang itu bakal bersaing dengan BMW iX3 dan Mercedes-Benz EQC. 

Tesla Model Y RWD

Model Y RWD merupakan versi asas yang menggunakan motor elektrik tunggal dan bateri jenis LFP.

  • Pacuan roda belakang (RWD)
  • 0-100kmj: 6.9 saat
  • Jarak pemanduan: 430km (kitaran WLTP)
  • Kelajuan maksimum: 217kmj
  • Supercharging Max:  170 kW Max
  • Waranti: Kenderaan asas – 4 tahun atau 80,000 km (mana tiba dahulu) | Unit bateri & pacuan – 8 tahun atau 160,000km (mana tiba dahulu)
  • Rim: 19 Gemini atau 20 inci Induction (+RM10k)

Tesla Model Y Long Range AWD

Varian ini dilengkapi dua motor elektrik di setiap gandar yang kemudian dipadankan dengan bateri jenis NMC.

  • Pacuan semua roda (AWD)
  • 0-100kmj: 5.0 saat
  • Jarak pemanduan: 533km ( kitaran WLTP)
  • Kelajuan maksimum: 217kmj
  • Supercharging Max: 50 kW Max
  • Waranti: Kenderaan asas – 4 tahun atau 80,000 km (mana tiba dahulu) | Unit bateri & pacuan – 8 tahun atau 192,000 km (mana tiba dahulu)
  • Rim: 19 Gemini atau 20 inci Induction (+RM10k)

Tesla Model Y Performance AWD

Versi prestasi ini menggunakan bateri jenis NMC dan dua motor.

  • Pacuan semua roda (AWD)
  • 0-100kmj: 3.7 saat
  • Jarak pemanduan: 514km ( kitaran WLTP)
  • Kelajuan maksimum: 250kmj
  • Supercharging Max: 250 kW Max
  • Waranti: Kenderaan asas – 4 tahun atau 80,000 km (mana tiba dahulu) | Unit bateri & pacuan – 8 tahun atau 192,000 km (mana tiba dahulu)
  • Rim: 21-inci Uberturbine

Kesemua varian didatangkan dengan kabin berwarna hitam, bagi pemilik yang ingin menaiktaraf kabin berwarna hitam putih perlu menambah kos sebanyak RM5,000.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah kaca panorama,  skrin tengah bersaiz 15-inci, dua pengecas tanpa wayar dan empat slot USB Type-C.

Perlengkapan standard lain adalah 13-pembesar suara dengan subwoofer, dua amplifier, pelarasan kerusi depan elektrik, fungsi pemanas pada kerusi dan stereng serta  penapis HEPA dan Bioweapon Defence Mode. 

Tesla Model Y didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Solid Black, Pearl White Multi-Coat, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.

Sebagai permulaan, Tesla Malaysia bakal menyediakan 10 stesen pengecasan supercharger antaranya Dengkil, Ipoh, Pavilion dan Bukit Bintang.

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here