Tesla Model Y masuk pasaran Singapura, harga mula RM452k

1467

Selepas Tesla Model 3, kini Tesla Singapura menambah satu lagi pilihan rangkaian produk kenderaan elektrik milik Elon Musk itu menerusi Model Y.

Negara jiran itu menerima dua pilihan iaitu varian asas pacuan belakang dan Performance pacuan semua roda yang mana masing-masing bermula pada harga Singapura dolar 142,271 (RMRM452,113) dan Singapura dolar 189,995 (RMRM603,772), tidak termasuk Sijil Kelayakan (COE) mandatori. 



Penghantaran bermula penghujung tahun ini bagi pembeli yang menempah model berkenaan. Model Y didatangkan dengan lima pilihan warna putih, hitam, kelabu, biru dan merah yang kemudian dipadankan dengan tema warna kabin putih atau hitam.

Model pacuan belakang mampu menawarkan perbatuan sejauh 455km dengan pecutan 0-100kmj dalam tempoh 6.9 saat dan kelajuan maksimum 217kmj.

Seperti mana Model 3, Tesla Model Y didatangkan dengan bumbung panorama kaca, skrin sentuh 15-inci yang mengawal dan memaparkan fungsi kenderaan, ketersambungan  Apple CarPlay atau Android Auto, perisian navigasi Tesla dan dua pengecasan telefon pintar tanpa wayar.

Ruangan but pula menawarkan keluasan 867 liter dan rim 19-inci standard bagi varian pacuan belakang dan pilihan 20-inci dengan tambahan Singapura dolar 3,000 (RM9,533).

Sementara, varian Performance pacuan semua roda didatangkan dengan dua motor dengan kuasa sekitar 550hp yang mana pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.7 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.

Sekali cas penuh mampu menawarkan perbatuan sejauh 514km. Varian prestasi didatangkan dengan rim 21-inci ‘Uberturbine’ berwarna hitam, brek prestasi tinggi, suspensi yang direndahkan dan pedal aluminium.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here