#Spyshot: Toyota Veloz diparkir bersama Alza, bakal tawar 2 varian?

2127

Jika anda perhatikan klip video deretan Perodua Alza (2022) di kemudahan Perodua yang tular baru-baru ini, terselit model Toyota Veloz baharu yang bakal dilancarkan UMW Toyota Motor. 

Bagi mendapatkan kepastian kami mengajukan pertanyakan tersebut kepada sumber yang boleh dipercayai. Menurutnya MPV milik Toyota itu sudahpun memasuki barisan pengeluaran di Perodua.



Model yang siap pasang diletakkan di antara Perodua Alza dan jika diperhatikan secara terperinci gril dan lampu depan/belakang Veloz berbeza dengan MPV keluaran syarikat nasional itu. Rekaan gril dan lampu mirip dengan Veloz Indonesia. 

Menurut sumber, difahamkan Toyota Veloz pasaran tempatan bakal ditawarkan dengan dua pilihan varian dan spesifikasi tambahan berbanding Alza. Sementara di Indonesia, Veloz ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu MT, Q CVT dan Q CVT TSS.

Buat masa ini, varian Veloz tertinggi yang dilihat memasuki barisan pengeluaran dan daripada segi penampilan rekaan luaran, rim dan bentangan kabin sama dengan model Veloz yang ditawarkan di Indonesia. 

Selain itu, jika anda perhatian lampu belakang Veloz ditarik sepanjang pintu but berbanding Alza serba baharu yang menggunakan rekaan Daihatsu Xenia.

Sekali imbas kedua-dua model itu kelihatan sama yang membezakan adalah kemasan pada bahagian sisi dan bampar selain didatangkan dengan dua rona warna iaitu cat hitam pada  bumbung dan tiang belakang. 

Veloz pasaran Malaysia juga dikatakan dilengkapi dengan ciri pengecas tanpa wayar serta pencahayaan iluminasi pada pintu dan papan pemuka yang tiada pada Alza baharu. 

Toyota Veloz dijana oleh enjin 1.5 liter yang menghasilkan kuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 137Nm @ 4,200rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan manual dan CVT. Kemungkinan pasaran Malaysia hanya ditawarkan dengan transmisi CVT.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here