Warga emas perbaharui lesen pada usia 100 tahun…

658

Seorang warga emas Itali memperbaharui lesen memandu pada usia 100 tahun sekaligus orang ketiga di negara itu dalam julat umur tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang dianggap masih layak untuk memandu. 

Candida Uderzo diberikan lesen baharu selepas lulus ujian mata di sebuah sekolah memandu wilayah utara Vicenza.



Wanita tersebut memberitahu dia lebih suka berdikari daripada menyusahkan anak lelakinya untuk memandunya ke mana saja. 

“Perbaharui lesen ini membuatkan saya gembira dan lebih bebas. Saya bertuah kerana masih sihat pada usia 100 tahun dan ini juga mengejutkan saya. Saya tidak pernah mengambil ubat hanya pil tidur sekali sekala,” katanya. 

Tambahnya, penglihatan matanya juga lebih baik bahkan tidak memerlukan cermin mata untuk membaca surat khabar. 

Populasi penduduk dalam lingkungan usia 100 tahun di Itali adalah tertinggi di Eropah dan bilangan individu yang mencapai usia tersebut terus meningkat.

Menurut data yang dikeluarkan pada awal Mei lalu oleh agensi statistik kebangsaan, Istat, Itali adalah negara kepada 20,456 penduduk berumur dalam lingkungan seratus tahun, meningkat daripada 14,456 pada 2019.

Tetapi tidak diketahui berapa ramai yang masih memandu. Lesen untuk usia 80-an ke atas diperbaharui setiap dua tahun yang mana pemandu perlu menyediakan sijil perubatan untuk memastikan mereka sihat dari segi fizikal dan mental.

Seorang lelaki di Sicily yang mencecah usia 100 tahun meraikan kejayaan memperbaharui lesen memandu dengan membeli kereta baharu. Bahkan, dia memberitahu akhbar tempatan pada masa itu tidak pernah mengalami kemalangan dalam hidupnya.

Seorang lelaki di wilayah Campania yang turut meraikannya usia ke-100 tahun lalu berkata tidak akanmelepaskan kereta miliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here