Lesen memandu Beckham digantung akibat guna telefon bimbit

1589

Akibat menggunakan telefon bimbit ketika memandu, pemain bola terkemuka dunia, lesen memandu David Beckham digantung enam bulan dan denda 750 pound sterling (RM4,053).

Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan itu ketika memandu di Great Portland Street, selepas dilihat orang awam pada 21 November tahun lalu.

Selain denda dan larangan memandu, beliau dikenakan penalti enam mata pada lesen memandunya. Hukuman itu dijatuhkan oleh majistret di Mahkamah Majistret Bromley semasa sesi pendengaran petang Khamis lalu.



Lesen memandu David Beckham digantung
Lesen memandu David Beckham digantung

Bekas pemain berusia 43 tahun itu hadir di mahkamah menggunakan sut berwarna kelabu sebelum pukul 2 petang dan mengelak jurugambar sebaik sahaja memasuki bangunan mahkamah.

Beckham hadir ke mahkamah untuk menyebut nama penuh, tarikh lahir dan alamat rumahnya di barat London.

Pendakwa Matthew Spratt berkata, Beckham dirakam seorang individu ketika dia memandu secara perlahan sambil memegang telefon bimbitnya.

“Daripada melihat ke hadapan, memberi perhatian ke jalan raya, dia melihat ke arah pangkuannya,” katanya.

Beckham sudah dikenakan penalti enam mata kerana memandu laju, jadi dia tidak dibenarkan memandu selama enam bulan.

Beliau didenda 750 pound (RM4,053) dan diarahkan supaya membayar 100 pound sterling (RM540) untuk kos pendakwaan.  Selain itu kena bayaran tambahan sebanyak 75 pound sterling (RM405) dalam tempoh tujuh hari.

P/S: Memandulah secara berhemah ya, walau kemana sahaja, dekat atau jauh. Kalau nak guna telefon tu, berhentilah sekejap di tempat yang dibenarkan dan selamat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here