Utama Berita Automotif Ops Pewa : 15 kenderaan disita memandu tanpa lesen sah

Ops Pewa : 15 kenderaan disita memandu tanpa lesen sah

4
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Langkawi menyita 13 motosikal dan dua buah kereta dalam Operasi Khas Penguatkuasaan Pemandu Warga Asing (PeWA), pada Rabu.
 
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati warga asing berkenaan melakukan kesalahan memandu tanpa lesen sah atau diiktiraf di Malaysia.
 
“Selain itu, saman turut dikeluarkan atas kesalahan menggunakan kenderaan tanpa kebenaran serta tiada perlindungan insurans yang sah.
 
“Pemilik kenderaan diingatkan supaya tidak menyewakan atau menyerahkan kenderaan kepada warga asing tanpa memastikan mereka mempunyai lesen memandu yang sah serta perlindungan insurans yang sewajarnya,” menurut kenyataan pada Khamis.
 
Jelas pihak berkuasa lagi sekiranya berlaku kemalangan, pemilik kenderaan boleh berdepan tindakan penguatkuasaan dan liabiliti berkaitan.
 
JPJ Cawangan Langkawi menegaskan akan terus mempergiatkan operasi PeWA bagi memastikan undang-undang dipatuhi dan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terjamin.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here