Utama Berita Automotif ‘Gaji’ pemandu warga India, JPJ sita lori

‘Gaji’ pemandu warga India, JPJ sita lori

6
Tindakan berani sebuah syarikat pengangkutan menggaji pemandu lori warga India terbongkar selepas kenderaan perkhidmatan itu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka, pada Khamis. 
 
Menurut kenyataan, pihak berkuasa telah menyita lori milik sebuah syarikat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada operasi penguatkuasaan di Lebuh AMJ, Semabok, Melaka Tengah.
 
“JPJ menegaskan bukan warganegara tidak dibenarkan memandu kenderaan perdagangan di Malaysia.
 
“Sehubungan itu, majikan dan pemilik syarikat bertanggungjawab memastikan warga asing tidak diberikan kebenaran untuk mengendalikan kenderaan perdagangan milik syarikat,” jelasnya.
 
Pihak JPJ Negeri Melaka juga menyeru semua syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan setiap pekerja yang diambil mempunyai dokumen dan kelayakan yang sah.
 
JPJ akan melucut hak kenderaan milik syarikat dan pengendali berlesen melibatkan Kenderaan Perdagangan Barangan (KPB), Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Bas Persiaran.
 
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil dibawah Seksyen Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana melanggar permit syarat dan menyita serta melucut hak kenderaan syarikat perdagangan jika sabit kesalahan.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here