Mahu makan malam dengan artis? Pandu uji model Mitsubishi hari ini!

2375

Bersempena musim perayaan, bermula hari ini hingga 2 Jun, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menganjurkan peraduan 4Sure Best Raya. 10 pemenang bertuah akan berpeluang makan malam bersama artis tanah air, Izzue Islam dan Amyra Rosli.

makan malam artis
Pandu uji Mitsubishi dan berpeluang makan malam bersama artis Izzue Islam dan Amyra Rosli

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Izzue Islam dan Amyra Rosli untuk kempen 4Sure Best Raya ini kerana Izzue, pelakon popular dan pemilik Triton, mempunyai gaya hidup aktif, dan Triton memberikan dia keyakinan. Kami mahu pemilik-pemilik juga merasai semangat itu apabila memandu kenderaan Mitsubishi seharian,” kata Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM.

Dia menambah, “Amyra pula ialah pelakon yang mempunyai keluarga, yang sangat mengutamakan keselamatan. Ini suatu yang biasa buat Outlander kerana keselamatan merupakan ciri utamanya, sesuai untuk membawa 7 penumpang.”



Cara sertai peraduan ini? Mudah sahaja:

  1. Isi borang di atas talian di sini: http://mitsubishi-motors.com.my/events.
  2. Pengedar Mitsubishi Motors akan menempah sesi pandu uji dengan peserta.
  3. Sempurnakan pandu uji itu dengan mana-mana model Mitsubishi Motors untuk menang.

Pemenang akan diumumkan di pada 10 Jun di laman Facebook rasmi MMM, dan pemenang juga akan menerima panggilan telefon. 10 pemenang itu akan makan malam bersama selebriti pada 22 Jun.

Sempena Hari Raya juga, MMM mengadakan promosi bagi model-model mereka. Nikmati rebat RM6,000 untuk Outlander dan Triton, serta rebat sehingga RM12,000 untuk ASX.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here