Utama Berita Automotif Honda & Nissan bersepakat seragamkan ECU & sistem operasi kenderaan

Honda & Nissan bersepakat seragamkan ECU & sistem operasi kenderaan

4

Usaha gabungan antara Honda-Nissan kini memasuki fasa baharu di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk satu kerjasama baharu. 

Dalam pengumuman terbaharu yang dibuat, Honda dan Nissan bersepakat untuk membangunkan dan menyeragamkan unit kawalan elektronik (ECU) yang menjadi teras kepada kenderaan generasi baharu berasaskan perisian. 

Ini merangkumi sistem operasi dalam kenderaan, beberapa komponen sokongan penting serta berkongsi perisian kawalan kenderaan. 

Ini bermakna, kebanyakan kenderaan keluaran Honda dan Nissan pada masa depan akan berkongsi banyak elemen asas, dengan setiap satu jenama hadir dengan identiti visual yang tersendiri. 

Model pertama yang akan menggunakan perisian dan ECU seragam ini dijangka tiba pada tahun fiskal 2029, iaitu antara 1 April 2029 hingga 31 Mac 2030. 

Dalam kenyataan rasmi, kedua-dua pihak menyebut penyeragaman teknologi asas ini membolehkan mereka menggabungkan kepakaran kejuruteraan dan sumber pembangunan yang dapat meningkatkan kecekapan dan inovasi. 

Yang paling penting, Honda dan Nissan dapat menikmati pengurangan kos dan membuka jalan kepada kitaran pembangunan yang lebih pantas. 

Ini merupakan satu perkara yang penting terutama dalam pasaran automotif yang semakin kompetitif dan bergerak pada skala yang lebih laju berbanding beberapa dekad yang lalu. 

Tidak terhenti pada ECU dan perisian, kerjasama Honda-Nissan juga akan meneroka peluang dalam pelbagai bidang lain. 

Menariknya, perjanjian ini tidak langsung melibatkan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, namun Mitsubishi dilapor sedang mempertimbangkan untuk menyertai kerjasama Honda-Nissan ini. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here