Utama Berita Automotif Moza MotoGP Motorcycle Controller: set hendal untuk gamer berlumba macam Rossi

Moza MotoGP Motorcycle Controller: set hendal untuk gamer berlumba macam Rossi

4

Tetapan stereng untuk game kereta sememangnya bersepah dalam pasaran, tetapi untuk game lumba motosikal? Agak sukar sebenarnya.

Kebanyakan kita pernah merasa berlumba motosikal di game arked, namun tetapannya sekadar cukup syarat dan tidak menyamai pengalaman lumba yang sebenar.

Semua itu berubah pada 2026, bila salah satu jenama besar dalam dunia controller dan simulator akhirnya masuk ke dunia dua roda, iaitu Moza Racing. 

Moza Racing bukan satu nama kecil, memandangkan sejak 2012 mereka buat bermacam-macam jenis alat kawalan untuk simulasi kereta, pertanian, penerbangan dan macam‑macam lagi.

Set hendal motosikal ini muncul secara rasmi di acara Gamescom 2026 dengan membawakan tetapan yang lebih kompleks. 

Dibantu dengan unit wheelbase direct-drive Moza 25 Nm, gamer boleh merasai maklum balas dan rasa fizikal yang hampir sama macam motosikal sebenar. 

Selain input seperti pendikit, brek dan klac, ia juga turut menggabungkan input belok dan condong, serta tuil analog kecil yang dikhususkan untuk brek belakang. 

Sama seperti kebanyakan tetapan stereng simulasi, hendal motosikal Moza ini turut dilengkapi dengan 10 butang yang boleh diprogramkan, D-pad, dua suis lima-arah, dan enam LED RGB untuk informasi rev/shift. 

Gamer juga boleh melaraskan hendal ini mengikut keperluan, seperti lebar, sudut, posisi pendikit, brek dan juga klac. 

Menariknya, tuil brek dan klac juga boleh digantikan dengan komponen motosikal sebenar, membuka ruang untuk tetapan simulator yang lebih autentik. 

Terdapat juga pilihan untuk menambah paparan TFT macam motosikal moden. 

Selain MotoGP, set hendal ini juga serasi dengan kebanyakan game seperti GP Bikes, TrackDayR, Live for Speed, The Crew Motorfest, Asetto Corsa, dan BeamNG.drive. 

Moza juga sedang menambah sokongan untuk siri seperti RIDE, SBK, RiMS Racing, TT Isle of Man dan Lane Split. 

Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here