Utama Berita Automotif Warga asing ulang kesalahan sama sehari selepas motor disita

Warga asing ulang kesalahan sama sehari selepas motor disita

9
Seorang penunggang motosikal warga Bangladesh mengulangi kesalahan yang sama walaupun sehari sebelumnya telah ditahan akibat tidak memiliki lesen memandu yang sah dalam pemeriksaan penguatkuasaan sekitar Padang Serai, Kedah pada Isnin.
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim berkata hasil pemeriksaan mendapati motosikal Yamaha Y15 berkenaan mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada lesen memandu yang sah serta kesalahan teknikal.
 
“Bahkan, penunggang terbabit dipercayai telah dikenakan tindakan dan motosikalnya disita pada hari sebelum (Ahad) namun kembali menunggang motosikal di jalan raya sebelum sekali lagi ditahan pada Isnin.
 
“Akibat mengulangi kesalahan, motosikal sekali lagi disita dan saman dikeluarkan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan.
 
JPJ Negeri Kedah menegaskan, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta hanya menggunakan kenderaan yang mempunyai dokumen dan kelayakan yang sah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here