
Tindakan sebilangan pemilik tempatan yang membiarkan kenderaan mereka digunakan oleh warga asing tanpa kelayakan terbongkar selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka berterusan menjalankan Ops Pewa pada Rabu.
Dalam operasi penguatkuasaan itu, JPJ Negeri Melaka menahan beberapa warga asing membabitkan warganegara Rohingya, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang didapati mengendalikan kenderaan di atas jalan raya dengan pelbagai pelanggaran undang-undang.
Menurut kenyataan, kesalahan paling banyak dilakukan adalah tidak memiliki lesen memandu yang sah di samping insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak menggunakan helmet.
“Bagi mengelakkan kesalahan berterusan serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain, kesemua kenderaan yang terlibat telah disita serta-merta.
“Pemilik kenderaan turut dihadapkan ke mahkamah kerana membenarkan kenderaan mereka dipandu oleh warga asing yang tidak memenuhi syarat atau kelayakan pemanduan yang ditetapkan.



































