Utama Berita Automotif SPRM reman dua tokoh korporat, sita 15 kereta mewah

SPRM reman dua tokoh korporat, sita 15 kereta mewah

20

Dua tokoh korporat adik beradik bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira direman lima hari bagi membantu siasatan kes disyaki bersubahat menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan kira-kira RM10 juta.

Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman dua beradik berusia 40-an dan 50-an itu hingga 5 Oktober ini.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat dengan seorang pegawai sebuah yayasan berasaskan pendidikan untuk meluluskan pelaburan kira-kira RM10 juta kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama pada penghujung 2020.

“Pelaburan itu disalurkan kepada sebuah syarikat pelaburan milik abang kepada suspek pertama yang bergelar Datuk Seri berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Sumber berkata, SPRM turut menyita pelbagai aset dan barangan termasuk 15 kereta mewah serta 12 motosikal berkuasa tinggi dalam siasatan berkenaan.

“Turut disita lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan dan wang tunai berjumlah kira-kira RM30,000.

“Sitaan dibuat susulan siasatan yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here