Utama Berita Automotif JPJ nafi benarkan pelarian Rohingya mohon lesen memandu

JPJ nafi benarkan pelarian Rohingya mohon lesen memandu

7

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular mendakwa pihak jabatan mencadangkan pelarian etnik Rohingya dibenarkan untuk memohon dan mengambil Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Penafian itu dilakukan susulan penyebaran satu hantaran palsu di media sosial menerusi akaun Facebook Along Auto Parts bertajuk “JPJ Cadang Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu” yang reka bentuknya sengaja diubah suai menyerupai berita rasmi.

Menurut kenyataan, JPJ memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan dengan menggunakan nama, identiti atau imej Jabatan sehingga boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan kredibiliti JPJ.



“Laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.



“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sentiasa merujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta sahih,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here