
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah Proton Exora selepas didapati pemandunya merupakan kad pemegang UNCHR dalam Ops PEWA Sungai Petani, pada Ahad.
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati pemilik berdaftar kenderaan merupakan Penduduk Tetap Malaysia.
“Selain kesalahan memandu tanpa lesen yang sah, pemeriksaan lanjut turut menemukan beberapa kesalahan lain sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.
“Pemandu dikenakan tindakan saman, manakala kenderaan berkenaan disita dan dibawa ke JPJ Alor Setar untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan pada Isnin.
Kes tersebut akan dibawa ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
JPJ mengingatkan pemilik kenderaan supaya memastikan hanya individu yang mempunyai lesen memandu sah dibenarkan memandu kenderaan mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang.






























