Utama Berita Automotif Tesla ubah strategi, guna nama Assisted Driving ganti Full Self-Driving di Eropah

Tesla ubah strategi, guna nama Assisted Driving ganti Full Self-Driving di Eropah

5

Tahukah anda, walaupun Tesla menawarkan bantuan pemandu yang dinamakan sebagai Full Self-Driving (FSD), ia sebenarnya bukanlah sistem pemanduan autonomi sepenuhnya.

Disebabkan itu juga Tesla dikritik keras kerana menggunakan istilah yang boleh mengelirukan pengguna. 

Kini pengeluar EV tersebut mengakui isu yang dibangkitkan dan mengubah strategi penamaan sistem tersebut kepada Tesla Assisted Driving untuk pasaran Eropah. 

Manual pemilik dalam talian juga turut dikemas kini bagi mencerminkan perubahan tersebut. 

Penukaran nama tersebut dibuat enam bulan selepas pengawal selia Belanda, RDW meluluskan penggunaan sistem Full Self-Driving susulan beberapa bulan ujian yang dijalankan secara tertutup. 

Selepas Belanda, tujuh lagi negara Kesatuan Eropah (EU) turut memberikan lampu hijau untuk teknologi bantuan pemandu tersebut digunakan dalam pasaran masing-masing, iaitu Croatia, Slovenia, Republik Czech, Estonia, Lithuania, Denmark dan Belgium. 

Menurut laporan Reuters, penggunaan nama Full Self-Driving itu sendiri boleh mengelirukan pengguna berdasarkan pendapat beberapa badan pengawal selia keselamatan jalan raya di Eropah, sama juga halnya dengan istilah “Autopilot“. 

Penggunaan nama yang mengelirukan tersebut boleh mempengaruhi segelintir pemandu yang terlalu bergantung pada teknologi dan kurang memberikan tumpuan ketika memandu. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here