Malaysia Autoshow 2023: BMW iX1, SAV elektrik yang boleh dipandu sejauh 440km

492

BMW Malaysia memperkenalkan BMW iX1, jentera SAV dengan rangkaian pacuan elektrik untuk pasaran tempatan.

Tampak lebih sporty

Hadir dalam varian M Sport, menyerlahkan tarikan dinamiknya dengan ciri-ciri seperti lingkaran gril ‘kidney’ dalam material krom, bilah gril ‘kidney’ dalam aluminium satin. 

Selain itu, tampil rekaan khas pada ambang sisi, kemasan dapra roda, bampar bawah hadapan dan belakang. 



Pengayaan lebih menarik selepas dilengkapi set roda aloi ringan M 19 inci dwiruji 871M Bicolour.

SAV elektrik ini dilengkapi dengan Adaptive M Suspension secara standard, yang dapat mengadaptasi mengikut kondisi laluan serta gaya pemanduan untuk pengalaman yang selesa.

Ruang dalaman serba moden

Dilengkapi ciri BMW Curved Display yang mula diperkenalkan dalam model elektrik BMW iX dan BMW i4. 

Menampilkan kluster instrumen 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci, yang menggunakan Sistem Operasi BMW 8 serta dilengkapi BMW Live Cockpit Professional secara standard.

SAV elektrik ini lengkap dengan BMW IconicSounds Electric, iaitu landskap bunyi serba baharu yang dibangunkan untuk memperkayakan pengalaman pemanduan, di samping Perlindungan Akustik untuk Pejalan Kaki. 

Rangkuman standard yang lain meliputi BMW Head-Up Display, sistem pembesar suara Hi-Fi Harman Kardon serta BMW Live Cockpit Professional dengan Augmented View.

Mampu dipandu sejauh 440km untuk cas penuh

BMW iX1 dikuasakan sebuah motor segerak elektrik yang kompak (EESM) di setiap gandar. Motor elektrik ini membekalkan output berjumlah 230 kW / 313 hp, berserta 494 Nm tork. 

Boleh memecut 0 hingga 100km/j hanya dalam masa 5.6 saat, dan kelajuan tertingginya dihadkan secara elektronik pada paras 180km/j. 

Dibekalkan bateri berjumlah 64.7 kWj yang boleh dipandu sejauh 440 km dalam kitaran WLTP.

Biar melalui “Wallbox” atau titik pengecasan awam dan stesen pengecasan berkuasa tinggi (HPC), SAV elektrik baharu ini menawarkan pelbagai kemudahan pengecasan dengan kabel pengecas Flexible Fast Charger dan Mode 3. 

Bagi pengecasan AC pada paras setinggi 11 kW atau pengecasan pantas HPC pada paras setinggi 130 kW. Ia boleh mengecas dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 29 minit.

Namun, mereka yang berminat boleh membuat pratempahan dengan bayaran RM3,000 di BMW Shop Online.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here