Isu manipulasi ujian perlanggaran: Miros teliti dakwaan Perodua Axia selamat dipandu

413

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) akan bertemu dengan Perodua dan menjalankan penilaian ke atas model Axia baru, kata Pengerusi Miros, Wong Shaw Voon.

Ini susulan pendedahan Toyota Motor Corp dan syarikat sekutunya Daihatsu yang mendakwa kenderaannya tidak mematuhi sebahagian ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu termasuk kira-kira 11,800 Perodua Axia yang dijual di Malaysia.



Wong menyatakan institut itu ingin meneliti dakwaan Perodua bahawa Axia baru selamat dipandu dan tidak terjejas oleh isu itu.

“(Miros) akan berjumpa mereka dan menilai dengan sewajarnya. Kami akan meneliti apa yang mereka dakwa,” katanya. 

Miros merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditugaskan untuk menjalankan kajian mengenai hal keselamatan jalan raya termasuk menilai aspek keselamatan kenderaan penumpang.

Jumaat lalu, media Jepun melaporkan Daihatsu membuat pengakuan memanipulasi keputusan ujian kemalangan ke atas 88,000 kereta yang dikeluarkan di Thailand dan Malaysia dan dijual dalam tempoh setahun lalu.

Isu itu melibatkan model Toyota iaitu Yaris Ativ dan Agya serta Perodua Axia yang dikeluarkan oleh usahasama dengan Malaysia dan sebuah lagi kenderaan yang dibangunkan Daihatsu.

Kereta itu mempunyai komponen dalam kemasan pintu semasa ujian perlanggaran yang mungkin mempengaruhi keputusan dan berbeza dengan model akhir yang dijual kepada pelanggan.

Selepas dakwaan itu, Perodua mengeluarkan kenyataan tidak akan melakukan panggil balik atau menggantung penghantaran model itu kepada pelanggan walaupun terdapat “ketidakaturan prosedur” baru-baru ini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here