#Spyshot: Toyota Vios (2022) dikesan jalani ujian di Thailand, lancar Ogos depan..

2803

Toyota Yaris Ativ (D92A) atau Vios (2022) dikesan sedang menjalani ujian di negara jiran Thailand.

Sedan segmen-B yang ditutupi dengan kamouflaj itu merupakan model serba baharu yang bakal dilancarkan Ogos depan.



Yaris Ativ (D92A) dibangunkan menggunakan casis Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.2 liter aspirasi semula jadi  (NA) dan 1.5-liter petrol hibrid.

Janakuasa 1.2 liter NA menghasilkan kuasa 92hp @ 6,000rpm dan tork 109Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi Super CVT-i automatik. 

Sementaran enjin 1.5 liter petrol hibrid yang digunakan pada model Jepun Toyota Aqua/ Yaris menghasilkan kuasa 91hp @ 5,500rpm dan tork 120Nm @ 3,800-4,800rpm bersama motor elektrik (80hp dan tork 141Nm) dengan transmisi automatik e-CVT.

Saiz badan luaran bertambah berbanding model sedia ada dengan rekaan fastback. Muka depan pula sama seperti Toyota Camry dengan gril trapezoid. Sementara bahagian belakang sedikit pendek. 

Dari segi keselamatan pula, Yaris Ativ bakal dilengkapi dengan ciri keselamatan:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan brek elektronik (EBD)
  • Bantuan brek (BA)
  • Kawalan kestabilan kenderaan
  • Sistem kawalan traksi anti gelincir
  • Bantuan penghidup bukit
  • Amaran perlanggaran depan
  • Bantuan keluar lorong
  • 7 beg udara

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here