Pegawai tentera laut Indonesia minta RM1.64 juta lepaskan kapal minyak Nord Joy

2398

Pegawai tentera laut Indonesia meminta AS375,000 (RM1.64 juta) bagi melepaskan sebuah kapal tangki bahan api yang ditahan minggu lalu.

Kapal tersebut dikatakan berlabuh secara haram di perairan Indonesia di luar Singapura dan dua individu terlibat dalam rundingan bayaran secara tidak rasmi tersebut. Insiden itu berlaku selepas Reuters melaporkan berpuluh penahanan sama tahun lalu. 



Dalam kes terbabit, pemilik kapal membuat bayaran tidak rasmi kira-kira AS300,000 (RM1.32 juta) dan kapal yang ditahan oleh tentera laut Indonesia di timur Singapura dibebaskan.

Kapal tangki Nord Joy dinaiki oleh anggota tentera laut bersenjata pada 30 Mei ketika berlabuh di perairan Indonesia sebelah timur selat Singapura, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia. 

Ketika ditanya berkaitan pegawai tentera laut yang meminta wang berkenaan untuk membebaskan Nord Joy, jurucakap tentera laut Indonesia, Julius Widjojono, berkata: “Ia adalah dilarang sama sekali”. Namun, enggan mengulas lanjut. 

Beliau mengesahkan anggota tentera laut menahan Nord Joy kerana disyaki berlabuh di perairan Indonesia tanpa permit, melanggar hak laluan laut Indonesia dan belayar tanpa bendera negara.

“Maklumat awal (kes) masih dalam proses siasatan awal di pangkalan tentera laut Batam,” katanya.

Di bawah undang-undang Indonesia, berlabuh tanpa permit boleh dihukum maksimum penjara setahun bagi kapten kapal dan denda rupiah 200 juta (RM60,813). 

Pada November, tentera laut Indonesia berkata terdapat peningkatan dalam bilangan tahanan kerana berlabuh tanpa kebenaran, menyimpang dari laluan pelayaran atau berhenti di tengah-tengah pelayaran untuk jangka masa yang tidak munasabah.

Kapal sama ada dibebaskan kerana bukti tidak mencukupi atau kes diproses melalui mahkamah Indonesia dan tiada bayaran dibuat kepada tentera laut atau kakitangannya, kata tentera laut.

Nord Joy ialah kapal bendera Panama sepanjang 183 meter dan boleh membawa sehingga 350,000 tong bahan api. Reuters tidak dapat mengenalpasti pemilik kapal berkenaan.

DIURUSKAN SYNERGY GROUP

Synergy Group, syarikat yang berpangkalan di Singapura yang menguruskan Nord Joy, tidak memberi maklum balas mengenai dakwaan permintaan kakitangan tentera laut untuk bayaran tidak rasmi itu. 

Synergy dalam satu kenyataan memberitahu Reuters bahawa Nord Joy berlabuh dalam kedudukan yang dianggap bersih dari perairan wilayah Indonesia pada 26 Mei dan pada 30 Mei, tentera laut Indonesia menaiki kapal itu dengan mendakwa berada dalam wilayahnya.

Synergy berkata mereka bekerjasama dengan tentera laut, peguam dan ejen tempatan untuk menyelesaikan isu itu.

Kemudian, Nord Joy diiringi kapal tentera laut ke pelabuhan berhampiran Batam, sebuah pulau 32km di selatan Singapura yang menempatkan pangkalan tentera laut, kata dua sumber itu kepada Reuters.

Ketua kapal tangki itu dibawa ke pangkalan dan diberitahu oleh pegawai tentera laut untuk mengatur pembayaran AS375,000 (RM1.64 juta) atau berpotensi kehilangan pendapatan berbulan-bulan jika kes itu melalui mahkamah, kata sumber itu.

Kapal berlabuh selama bertahun di perairan sebelah timur selat Singapura sementara menunggu untuk didok (punggah, dimuat dan diselenggara) dan mereka percaya berada di perairan antarabangsa. Oleh itu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran pelabuhan, kata penganalisis maritim.

Tentera laut Indonesia menyatakan secara terbuka dalam beberapa tahun kebelakangan ini bahawa sebahagian besar kawasan tersebut berada dalam perairannya dan ia bertujuan untuk membanteras kapal yang berlabuh di lokasi itu tanpa lesen.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here