Utama Berita Automotif Amerika arah 51 kapal berpatah balik dari Pelabuhan Iran

Amerika arah 51 kapal berpatah balik dari Pelabuhan Iran

6

Amerika Syarikat (AS) menyatakan sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran telah diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Setakat hari ini (Selasa), 51 kapal telah diarahkan berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi menghalang kapal komersial daripada memasuki atau meninggalkan Iran,” menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) menerusi platform X.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak dua buah kapal berbanding 49 kapal yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut CENTCOM, seorang kelasi AS yang bertugas di atas kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Michael Murphy (DDG 112) dilihat memantau operasi penerbangan di Laut Arab ketika tentera Amerika menguatkuasakan sekatan berkenaan.

Sejak 13 April, AS telah menguatkuasakan sekatan maritim yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz. Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran ke atas laluan kapal melalui kawasan itu susulan peperangan yang bermula pada 28 Februari lalu, yang kini sedang ditangguhkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here