Utama Berita Automotif Rider maut dirempuh Proton X70

Rider maut dirempuh Proton X70

32

Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang warga emas lelaki berusia 70-an hilang kawalan di Petaling Jaya, Selangor petang Selasa. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 2.08 petang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nahas itu berlaku pada 1.45 tengah hari di Jalan 17/21, Petaling Jayaor apabila Proton X70 berwarna kelabu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa yang berumur lingkungan 20-an.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu SUV tidak mengalami kecederaan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Shamsudin berkata pemandu SUV berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut dan ujian air kencing serta alkohol terhadap lelaki itu adalah negatif.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Sivam @ M. Siva di talian 03-7966 2222 badi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berdurasi lapan saat di media sosial yang memaparkan sebuah SUV merempuh bahagian hadapan sebuah motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here