Utama Berita Automotif Volvo Selekt tawar 100 unit kereta terpakai versi premium

Volvo Selekt tawar 100 unit kereta terpakai versi premium

5

Volvo Car Malaysia mengumumkan pelancaran eksklusif 100 unit kenderaan di bawah program Volvo Selekt Certified Used Cars untuk pasaran seluruh negara.

Koleksi premium ini ditawarkan dengan harga jualan bermula RM153,000.

Langkah ini diambil susulan sambutan memberangsangkan terhadap siri jualan Selekt sebelum ini.

Berbeza dengan pasaran kereta terpakai konvensional, fleet terhad ini terdiri daripada unit fleet korporat eksekutif Volvo dan unit demo daripada rangkaian pengedar sah.

Setiap unit di bawah program Volvo Selekt menjanjikan pengalaman pemilikan premium mencerminkan standard kenderaan baharu.

Antara ciri utama penawaran kali ini termasuk:

  • Perbatuan Ultra-Rendah: Kenderaan yang ditawarkan mencatatkan perbatuan yang sangat rendah, dengan beberapa unit serendah 7,000km dan tiada unit yang melebihi 16,000km.
  • Pemeriksaan 125-Titik: Setiap kereta telah melalui pemeriksaan rapi oleh juruteknik bertauliah Volvo bagi memastikan tahap keselamatan dan prestasi optimum.
  • Jaminan Ketenangan Minda: Pembeli akan menerima kemas kini perisian terkini dan penggunaan alat ganti tulen. Selain itu, setiap kenderaan masih dilindungi oleh baki waranti lima tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan 24 jam, serta ketersambungan perkhidmatan digital.

Volvo menawarkan pelbagai model merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) generasi terbaharu serta model SUV hibrid plug-in (PHEV) yang popular:

Model Harga Bermula Dari

  • Volvo EX30 RM153,000
  • Volvo EC40 RM183,000
  • Volvo XC60 RM249,000
  • Volvo XC90 RM283,000
  • Volvo EX90 RM339,000

Bagi membantu bakal pembeli membuat keputusan tepat mengenai peralihan ke arah EV, Volvo turut menyediakan alat bantuan digital iaitu Kalkulator Petrol vs Elektrik.

Alat ini membolehkan pengguna membandingkan kos operasi harian kenderaan semasa mereka dengan model Volvo elektrik atau hibrid, sekali gus menonjolkan penjimatan kewangan jangka panjang.

Memandangkan unit ditawarkan adalah terhad kepada 100 unit sahaja di seluruh negara, tawaran ini tertakluk “siapa cepat, dia dapat“.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi bilik pameran Volvo terdekat bagi sesi pandu uji dan tempahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di http://www.volvocars.com/my atau ikuti perkembangan terkini di platform media sosial Facebook dan Instagram Volvo Car Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here