Hilang tanpa jejak di Segitiga Bermuda, misteri kapal Cotopaxi terjawab selepas 100 tahun

45722

Kehilangan kapal arang batu mengukuhkan di Segitiga Bermuda mengukuhkan lagi teori konspirasi yang muncul di kawasan yang dianggap sebagai Segitiga Syaitan itu kerana lenyapnya kapal dan pesawat dalam cara yang pelik. 

Kapal arang batu yang hilang di Segitiga Bermuda hampir 100 tahun lalu ketika dalam perjalanan ke Cuba itu menjadi subjek teori konspirasi dan penipuan selepas hilang tanpa jejak ketika berlayar pada 1925.



Nasib kapal Cotopaxi yang meninggalkan Charleston, Carolina Selatan, pada 29 November 1925, menuju ke Havana bersama 32 anak kapal akhirnya menemui jawapan. 

Sebuah pasukan penyelam elit, dengan inisiatif mereka sendiri berjaya merungkai kisah misteri sebuah kapal SS Cotopaxi berkenaan. 

Ahli biologi marin dan penjelajah bawah air. Michael Barnette berkata sesuatu berlaku ketika pelayaran kerana ketua kapal menghantar mesej ‘mayday’ awal Disember yang memberi isyarat mereka dalam kesusahan. 

“Selepas itu, tiada sebarang serpihan ditemui bahkan tidak pernah menemui sebarang bot penyelamat, mayat atau apa-apa. Kapal itu hilang begitu sahaja selepas itu. Jadi kami cuba  mencari punca kejadian,” katanya.

Tetapi hampir satu abad sejak penampakan terakhir yang dikatakan di zon tentera perairan Cuba, Barnette dan pasukannya mendakwa menemui kapal wap itu 56km dari pantai St Augustine, di pantai timur laut Florida.

GALI INFORMASI ARKIB

Ketika cuba menggali informasi menerusi arkib Lloyd’s of London, para pengkaji menemui dokumen yang membuktikan Cotopaxi menghantar isyarat kecemasan pada 1 Disember 1925, sesuatu yang tidak diketahui oleh ahli sejarah sebelum ini.

Satu laporan rekod cuaca pada hari kejadian menunjukkan berlakunya ribut besar di kawasan tersebut yang menghanyutkan kapal jauh ke pantai St. Augustine dan tenggelam di sana.

“Cukup penting menghabiskan lebih banyak masa melakukan penyelidikan arkib daripada di atas air, kerana ketika itulah anda akan membuat penemuan dalam semua artikel ini,” kata Barnette.

Isyarat itu diterima di Jackonsville, Florida, bermakna kapal itu menghantar signal berhampiran ‘Bear Wreck’ yang terkenal di luar pantai St Augustine, sebuah pelabuhan yang berkembang maju pada zaman penjajah yang dipenuhi dengan bangkai kapal.

Penyelam Al Perkins meneroka bangkai kapal itu selama 30 tahun dan mengumpul pelbagai objek termasuk injap yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan hanya beberapa batu dari Ecorse, Michigan iaitu lokasi Cotopaxi dibina.

“Mulanya ia sangat emosional kerana pertama kali anda teruja bahawa teori anda betul. Ada juga perasaan bercampur baur namun bila anda menyedari, ini adalah tapak perkuburan anggota krew yang meninggal dunia 100 tahun dahulu,’ ada rasa tanggungjawab untuk cuba menghubungi keluarga mereka,” jelasnya.

Setiap satu daripada kisah kapal karam itu adalah kisah mereka sendiri, dan sering kali orang ramai mengaitkan dengan Segitiga Bermuda. Tetapi Segitiga Bermuda bukanlah ceritanya dalam kes ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here