Audi dan Wish pandu zig-zag berbahaya di PLUS, punca tak bayar hutang….

2442
Pada 1 Mei lalu tular satu rakaman video yang menunjukkan Audi A4 berwarna kelabu dan Toyota Wish berwarna hitam memandu secara merbahaya di lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara KM269 hingga KM238 arah selatan.
 
Susulan kejadian itu, pihak risikan operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Seremban mengesan kedua-dua pemilik dan pemandu kenderaan yang terlibat dalam rakaman video tersebut.
 
 
“Suspek pertama menyerah diri pada 2 Mei manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula menyerah diri pada 3 Mei jam 6.45 petang,” kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Nanda Ma’arof.
 
Hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi  ingin menarik MPV tersebut. 
 
Bagaimanapun, pemandu Toyota Wish berkenaan enggan berhenti dan menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua suspek.
 

Menerusi video berdurasi 1 minit 40 saat itu menunjukkan kedua-dua pemandu memandu secara melulu dan merbahaya dengan aksi mengubah haluan secara zig-zag dan memotong di lorong kecemasan.
 
Difahamkan, pemilik MPV tersebut mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan dan kedua-dua suspek ditangkap serta kenderaan mereka ditahan untuk membantu siasatan.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here