Dua Toyota Alphard guna nombor plat ‘fancy’ nama isteri MIRA dan DINA ditahan

3451

Tindakan dua pemilik MPV menggunakan nombor plat ‘fancy’ yang seakan-akan nama isteri masing-masing membawa padah apabila ditahan polis di sekatan jalan raya Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin, Terengganu, semalam.

Kedua-dua MPV Toyota Alphard tersebut dikesan menggunakan nombor pendaftaran MIRA dan DINA yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada jam 3.24 petang.

Sementara, kenderaan kedua model yang sama pula didapati menggunakan nombor plat DINA dalam sekatan jalan raya sama 10 minit kemudian.

“Kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.

“Mereka mendakwa teruja baru memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Bagaimanapun, alasan terbabit tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu ditahan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-dua boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

“JSPT Terengganu ingin mengingatkan pengguna agar undang-undang jalan raya perlu dipatuhi walaupun kita ghairah menyambut bulan Syawal,” katanya. 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here