Individu misteri beli enam buah Bugatti untuk setiap anak…

21220

Menurut Bugatti, pelanggan mereka biasanya memiliki 84 kenderaan, tiga buah jet peribadi dan sebuah kapal layar. Bagaimanapun mengapa mereka perlukan begitu banyak kenderaan?, mungkin kerana memiliki keluarga besar atau sebahagian daripada koleksi.

Baru-baru ini, seorang pelanggan yang tidak didedahkan latar belakangnya mengunjungi ibu pejabat Bugatti di Perancis untuk menerima lapan buah Bugatti yang dibelinya. 



Bapa kepada enam anak itu membeli dua buah hypercar Bugatti untuk dirinya (atau mungkin satu untuk isteri) dan setiap satu buat anaknya. Bagaimanapun, tiada seorangpun anak lelaki tersebut boleh memandu. 

Pelanggan yang tidak dinamakan itu malah membawa bersama keluarganya ke Molsheim, Perancis untuk menerima kenderaan berkenaan. 

Dia membeli Bugatti Chiron Super Sport 300+ iaitu sebuah hypercar yang dikeluarkan sempena memperingati kereta jalanan jenama berkenaan yang memecah rekod kelajuan 300mph (482kmj).

Hypercar berkenaan hanya dikeluarkan sebanyak 30 unit di dunia. Jika anda rasa itu sudah cukup sebenarnya tidak. Lelaki berkenaan dikatakan membeli sebuah lagi hypercar Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse World Record Edition.

Hypercar tersebut hanya dikeluarkan sebanyak lapan unit di dunia dan pernah mencipta rekod kereta pengeluaran terpantas dunia pada 409kmj pada 2013. 

Jadi anda mesti tertanya apakah model Bugatti yang dibeli oleh lelaki tersebut buat anak-anaknya?. Kerana tiada seorangpun cukup umur untuk memandu, bapa itu membeli Bugatti Baby II untuk mereka.

Bugatti Baby klasik, ciptaan Ettore Bugatti itu tidaklah semahal Chiron yang mana dijual pada harga bermula dari AS40,000 (RM174,140). Setiap kanak-kanak tersebut menerima warna berbeza iaitu jingga, kuning, putih, hijau, merah dan biru.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here