Malaysia Autoshow 2023: BMW i4 M50, kenderaan elektrik berjata M pertama di dunia pamer di Malaysia

279

BMW Malaysia mempertontonkan BMW i4 M50 di Malaysia Autoshow 2023 sekali gus menjadi tanda aras yang baharu bagi prestasi pemanduan elektrik yang sebenar di negara ini.

BMW i4 M50 adalah kenderaan elektrik berjata M yang pertama di dunia bakal membentuk asas bagi alaf pemanduan yang mengujakan di dalam negara ini.

Apa yang menariknya dengan BMW i4 M50 ini

  • Ia didatangkan dengan Emblem 50 Tahun BMW M secara standard. Perwatakan sporty jentera ini diserlahkan melalui pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M dalam warna badan serta sisipan peresap belakang dalam warna hitam. 
  • Bahagian dalaman dihiasi dengan kemasan M berserta gentian karbon, Material Bumbung Antrasit M, di samping kerusi M Sport di hadapan, tali pinggang keledar M, panel instrumen dalam Sensatec, serta bumbung kaca elektrik. 
  • Ia juga dilengkapi BMW IconicSounds Electric, sebuah pengalaman pendengaran serba emotif dengan menjana bunyi enjin “M” yang sporty.
  • Dua motor BMW M eDrive dimuatkan di dalamnya untuk gandar hadapan dan belakang. Menghasilkan output 400 kW (544hp) serta puncak tork bernilai 795 Nm dalam mod Sport Boost. 
  • Pecutan 0-100km/j hanya dalam masa 3.9 saat sahaja, manakala kelajuan tertingginya pula mencecah 225 km/j.
  • Dengan penggunaan tenaga antara 24 sehingga 19 kWj/100 km, ia boleh dipandu sejauh 510 kilometer (berdasarkan kitaran WLTP). 
  • Serasi dengan mod pengecasan AC dan DC, ia boleh dicas penuh hanya dalam tempoh 8 jam 15 minit dengan pengecas AC 11 kW, atau dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 31 minit sahaja dengan pengecas DC 200 kW.

BMW i4 M50 ditawarkan warna luaran seperti

  • Mineral White
  • Black Sapphire
  • M Brooklyn Grey
  • M Portimao Blue
  • Sanremo Green

Galeri Gambar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here