Malaysia Autoshow 2023: BMW CE 04, harga rasmi motosikal elektrik ini, RM59,500

395

BMW Motorrad Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi BMW CE 04 baharu untuk pasaran tempatan.

Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, BMW Group Malaysia mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi Malaysia. 

“Kami mengepalai usaha mobiliti berelektrik dengan memperluaskan portfolio kenderaan elektrik dan juga rangkaian fasiliti pengecasan.



“Pada masa yang sama, bagi perjalanan berjarak pendek dalam kawasan bandar pula, impak mobiliti bebas emisi adalah amat signifikan, kerana faktor kepadatan sebuah bandar merupakan penyumbang utama dalam perihal emisi,” katanya.

BMW CE 04 pertama kali diperkenalkan sebagai model konsep dengan nama BMW Motorrad Definition CE 04.

Ia tampil rekaan futuristik dengan menggunakan rangka utama tiub keluli yang dipadankan dengan bahagian luaran yang luas dan ringkas.

Ia menggunakan tayar bersaiz 120/70 R15 67H di depan. Belakang 160/60 R15 56H yang dipadankan swing arm tunggal dengan penyerap hentak yang terselindung sepenuhnya.

BMW CE 04 mempunyai meter paparan berwarna 10.25-inci TFT dengan Integrated Map Navigation, serta keterhubungan menyeluruh melalui BMW Motorrad Connected App.

Jentera itu memiliki kuasa sehingga 42PS dengan tork setinggi 62 Nm. Ia boleh memecut 0-50km/j dalam 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 120km/j.

Ia menggunakan bateri lithium-ion juga besar dengan 8.9 kWh, yang menyediakan jarak perjalanan sehingga 130 km.

Bagi mengecasnya pula, ia hanya memerlukan satu jam 40 minit jika menggunakan pengecasan pantas dan 4 jam 20 minit jika menggunakan cas AC.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here