Bakal lancar Khamis depan, ini 10 lokasi Tesla Supercharger di Malaysia

467

Menjelang pelancaran rasmi Tesla Malaysia, Khamis depan, ini 10 lokasi Tesla Supercharger  yang dimuatnaik pada laman web rasmi jenama tersebut.

Menurut bahagian Find Us, kumpulan pertama stesen cas kereta elektrik (EV) itu akan bermula di lokasi:



  • Dengkil, Selangor
  • Petaling Jaya, Selangor
  • Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • Dua stesen di Kuala Lumpur (lokasi tidak dinyatakan)
  • Iskandar Puteri, Johor
  • Ipoh, Perak
  • Perai, Pulau Pinang
  • Negeri Sembilan (lokasi tidak dinyatakan)

Berdasarkan lokasi pin yang diletakkan pada peta, kebarangkalian Superharger Negeri Sembilan adalah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Begitu juga dua lokasi Kuala Lumpur yang tidak dinyata kemungkinan di Lebuhraya Maju (MEX) dan Jalan Kuching.

Tesla menyatakan tarikh sasaran pembukaan kesemua stesen cas Supercharger tersebut masih belum disahkan dan senarai lokasi akan dikemaskini setiap suku tahun.

Tesla Supercharger menawarkan kuasa hingga 250kW dan menurut Tesla pengguna boleh memperoleh jarak sehingga 270km dengan 15 minit pengecasan. 

Buat masa ini, Tesla belum mendedahkan kadar bayaran  dan proses pembayaran akan menggunakan alikasi Tesla. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here